Thursday 18 October 2012

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan
 siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Oleh; Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman

Tuesday 16 October 2012

JANNAH ^_^


Suatu hari suami merajuk.......

Malam , di bilik tidur..

Isteri: abg....
Suami: ....(tanpa suara) dan terus membelakangi
isterinya..
Isteri: abg,syg minta maaf..syg tak bermaksud nak
kecilkan hati abg...
Suami: .......(masih diam) dan keluar dari bilik..
Isteri: abg, nak pergi mana..syg nak ikut..(dan terus
berlari , terus dptkan pinggang suami dan peluk
kuat) abg,syg minta maaf..jgn la mcm nie..nnti
cepat tua kalau marahII..
Suami: ye,xpe la syg. Abg tak marah..pergi la tido.
Isteri: syg minta maaf,kalau ada salah dan silap hri
nie dgn abg, abg xnak tido sama?
Suami: nnti abg masuk tido..tau la abg jln kt bilik
tu..
Isteri: ok..ermm...abg tak nak maafkn syg??
Suami: lain kali la..xde mood..
Isteri: knp lain kali..abg,xnk redhakn syg?
Suami: redha untuk apa?
Isteri: abg,kalau abg xnak maafkan syg,.Allah xnak
terima syg masuk syurga..kalau abg xnak redhakan
syg, kita xkan jumpa kt syurga bang...(sambil tepis
airmata yg jatuh kt pipi)
Suami: eh..knpa menangis plk syg abg nie....abg
gurau je..nak manja dgn syg la..syg, abg nak syg
tau..kalau syg tak buat salah ke,tak minta redha
abg pun..abg sentiasa maaf dan redhakan syg..abg
sentiasa ikhlas...
Isteri: (sambil peluk suami) terima kasih abg,.Syg
beruntung dpt suami mcm abg..
Suami: dah la, jom tido..dah lewat mlm...♥♥
Isteri: syg abg , syg abg kerana Allah..
Suami: abg pun...dah pi tutup lampu ok! :D

P/s: isteri nak pintu syurga, kena la minta dgn
suami....keredhan suami itu adalah kunci
syurga..bersayangII,berkasihII..sesungguhnya Allah
sukakan kepada rmhtngga yg aman.. ♥

Thursday 6 September 2012

Sy Syg Awk Daim. T_T

seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."

Ya Allah..menitis airmata admin baca cerita ni..
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

Tuesday 4 September 2012

Dia satu penghargaan bgmu. Hargailah....

Hubungan yang bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuran.
Kenapa pasangan anda sanggup meninggalkan anda?

Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai ganti?
Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita

Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.

Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.

Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.

Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…
…PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.

Biar saya terangkan.
Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.

Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.

Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi

“Aku tidak menghargai kau lagi”.
1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.

Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.
Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.

Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif(push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.

Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.

Monday 3 September 2012

Harini Dalam Sejarah

Pertama sekali nk Mintak maaf kat b secara umum.... 2hari kita gaduh kan... Rindu kau bodo. Syg mengaku silap syg kat b... Lpsni syg pomis tk buat perangai dah.. Benda ni syg akan ingat smpai bila2 b.... Syg janji akan buang ego.keras kepala,keras hati. Sombong. Lg ape ntah! Takutnya td. Dh rasa mcm cita vanila coklat tau.. Amir asyraff and izara aishah. Haiihhhh!!! Takuttt... Rindu nk tggu b pujuk syg, rindu nk dgr b cita psl haiwan. Rindu laa bodo! Bila ntah ko nk balik. Kemain lama lg... Syg kt b sgt2! Huh! Takuttt.... Apa yg jd lpsni. Bia syg je call mak! Bia ko kena marah! Hahaa.. Loveyou b. Lpsni tk ulang dah. B pegi operasi pun nanti syg tggu rumah dgn daims junior syg. Hihi! Lpsni kne hantar msg smpai 20x. ~.~" mcm mana b kena kt dalam tu, syg kena buat kt b.... Tapela, ape pun sgup! Hahahahhah... Kelakar la b, kelaka pun kne ambik iktibar. Tk bole ignore mcm tu je.... Kakcik kata syg dh kurus! Hmmm... Skrg ni pukul 0127 am. Terasa lapa. Gado dgn b, syg tk mkn pun... Teringat b je..... Huhuhu... Apa yg terjadi, kita sntiasa bersama... Ingat pesan b selalu.... :*

Tuesday 28 August 2012

Impian dan harapan

Hi! Lama dah tk berblogs kan. First i nak ucap selamat hari raya kpd semua. Dah best cuti lama duk rumah makan tido ttbe kne kerja plk kan.. Hahahahhah... Redho! Tahun ni i raya Perak, rumah tok i... Hehehehehhe...best2. Best laa sgt kan... Kne bhabis duit utk adik sedara and anak buah. Huh! Kopakkk! Tp yg penting hepi.. Yg tak hepi nya... Cik polis i tak balik raya... Sian u bb... Takpe. Utk tahun ni, u raya sorg2 ye. Next yers, kita dh raya as wife and hubby. I taksbr nk tggu waktu itu bb... Harap semuanya berjalan dgn lancar je.... Hehehehehhe... Benda baik sapa takmo kan.... Lpsni i dh halal... Wuhuuuuu!! Jgn jeles laa korg... I dpt bantal peluk idup. Hihiii.. Apa2 yg di idamkan harap2 menjadi and jln dgn sempurna... Semua org akan di jemput.... Taksbr kan... Ms ni nk Prepare utk brg kahwin... And lepas kahwin brg daim junior Pulak... Hihi.. Jgn gatal.... Pape pun. Doakan yg baik2 je kan... I cuma tunggu rezeki khawin i tksmpai2 lagi ni...bilakah? Hmmm....takpelah, pelan2 kayuh kan... Hehehehehhe... Skrg ni pun rezeki mencurah2, tk minta apa2 pun, cuma memohon Allah melimpahkan rezeki kami berdua yg bakal menjadi suami isteri. Itu saja.... Ehh dah2.. I tgh tggu cik polis i balik bertugas.. I kena faham situasi seorang pegawai polis yg sedang bhidmat utk negara.. Hehe... :)

U're the one i have

Ini untuk you baby. Bila dengar lagu ni. I kan betambah2 syg and cintakan you....