Thursday, 18 October 2012

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan
 siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Oleh; Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman

Tuesday, 16 October 2012

JANNAH ^_^


Suatu hari suami merajuk.......

Malam , di bilik tidur..

Isteri: abg....
Suami: ....(tanpa suara) dan terus membelakangi
isterinya..
Isteri: abg,syg minta maaf..syg tak bermaksud nak
kecilkan hati abg...
Suami: .......(masih diam) dan keluar dari bilik..
Isteri: abg, nak pergi mana..syg nak ikut..(dan terus
berlari , terus dptkan pinggang suami dan peluk
kuat) abg,syg minta maaf..jgn la mcm nie..nnti
cepat tua kalau marahII..
Suami: ye,xpe la syg. Abg tak marah..pergi la tido.
Isteri: syg minta maaf,kalau ada salah dan silap hri
nie dgn abg, abg xnak tido sama?
Suami: nnti abg masuk tido..tau la abg jln kt bilik
tu..
Isteri: ok..ermm...abg tak nak maafkn syg??
Suami: lain kali la..xde mood..
Isteri: knp lain kali..abg,xnk redhakn syg?
Suami: redha untuk apa?
Isteri: abg,kalau abg xnak maafkan syg,.Allah xnak
terima syg masuk syurga..kalau abg xnak redhakan
syg, kita xkan jumpa kt syurga bang...(sambil tepis
airmata yg jatuh kt pipi)
Suami: eh..knpa menangis plk syg abg nie....abg
gurau je..nak manja dgn syg la..syg, abg nak syg
tau..kalau syg tak buat salah ke,tak minta redha
abg pun..abg sentiasa maaf dan redhakan syg..abg
sentiasa ikhlas...
Isteri: (sambil peluk suami) terima kasih abg,.Syg
beruntung dpt suami mcm abg..
Suami: dah la, jom tido..dah lewat mlm...♥♥
Isteri: syg abg , syg abg kerana Allah..
Suami: abg pun...dah pi tutup lampu ok! :D

P/s: isteri nak pintu syurga, kena la minta dgn
suami....keredhan suami itu adalah kunci
syurga..bersayangII,berkasihII..sesungguhnya Allah
sukakan kepada rmhtngga yg aman.. ♥